27 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI TIGA BELAS

Slaid berikut adalah slaid untuk Persembahan Seni,harap pembaca-pembaca akan suka! :)Persembahan seni

26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI DUA BELAS

Slaid-slaid berikut adalah slaid untuk Muzik Tradisional~

25 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS





Pandangan.
Hmmmm,jangan berhenti dengan tarian zapin & dondang sayang ini kerana kami yang mewarisi generasi ini. Walaupun saya tidak berapa minat dengan tarian zapin & dondang sayang,saya gemar melihat orang-orang melayu membuat persembahan. Dondang sayang & juga tarian zapin adalah usaha satu kumpulan dengan ini,ia mengajar saya untuk berkerja dengan orang lain. Berkerja sebagai satu kumpulan membuat kerja lebih senang & mendorong satu sama lain. Ada banyak lagi Muzik tradisional & Pesembahan seni di budaya melayu. Kata-kata terakhir saya ialah,Cintailah Budaya Melayu.

24 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH

DONDANG SAYANG
Salam sejaterah pembaca!
Hmmm,walaupun saya tidak gemar mendengar lagu dondang sayang ini,
saya ingin lebih tahu tentang dondang sayang. Dondang sayang ini ialah dimula
di Melaka iaitu di Malaysia. Selalunya,dondang sayang ini dimainkan dengan alat muzik sepert
biola,rebana,tetawak & banyak lagi,tetapi ketiga-tiga ini yang umum.
Kekuatan dalam dondang sayang ini adalah pantunnya.
Dondang sayang ini ada di merata dunia,iaitu Singapura,Malaysia (Melaka) & tidak lupa,Indonesia.
Kelainan dondang sayang di Singapura & Indonesia daripada dondang sayang ialah cara mereka
nyanyi. Dondang sayang ini selalunya di nyanyikan di majilis perkahwinan.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI SEMBILAN


Informasi Dondang Sayang
Salam Sejahtera Pambaca!
Hari ini saya cari informasi lebih tentang Dondang Sayang. DOndang sayang ini ialah tentang berpantun.

Pantunnya ada empat garisan. Garisan satu & dua dipanggil sebagai
'pembayang'. Pembayang ini menggambarkan peristiwa seharian,benda atau orang. Garisan tiga & empat dipanggil sebagai 'maksud'. Ia menggambarkan utama pantun itu. Dondang sayang selalunya dinyanyikan dengan dua wanita bersama tiga atau empat lelaki.

Penyanyi-penyanyinya berakal tajam kerana mereka tidak menyediakan patun itu. Mereka membuat pantun sambil bernyanyi.

23 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

TARIAN ZAPIN

Lebih informasi tentang tarian zapin.
Salam Sejahtera Pembaca-pembaca!
Tarian zapin amat popular di tahun lima puluhan & enam puluhan.
Di Johor ada dua bentuk zapin iaitu
Zapin Melayu & Zapin Arab.
Apa yang menarik tentang Zapin Johor ini adalah keupayaan mewujudkan
rasa persaudaraan antara penari zapin mereka mendorong penari-penari yang malu untuk berhadapan dengan para penonton yang amat ramai.
Zapin bermaksud 'gerak kaki'daripada perkataan al-Zafn. Tarian Zapin ini bercorak persembahan atau pertunjukkan. Zapin ini adalah tentang
pergerakkan kakinya.

22 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

Tarian Zapin.
Selamat petang pembaca!
Wow,banyak juga ia penari zapin di merata dunia.
Tetapi,remaja-remaja di Singapura tidak berapa minat dengan tarian zapin,malah mereka minat
dengan tarian zaman sekarang iaitu 'Hip-hop'.
Tetapi di negeri seperti Malaysia & Indonesia,remaja-remaja mereka sungguh minat dengan
tarian zapin ini.
Tarian Zapin ini sebenarnya tarian hiburan di istana pada waktu dulu.
Di Brunei,tarian Zapin digemari adalah Zapin Laila Sembah & Zapin Tar.
Tarian zapin mementigkan pergerakan berkumpulan & bukan usaha individu.


Video klip Zapin Johor ini saya petik dari lelaman berikut: