21 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Lebih tentang tarian zapin.
Zapin ini adalah tentang gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan. Penari lelaki selalunya akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Tetapi,pada akhir persembahan,penari lelaki & penari perempuan akan menari bersama untuk menghormat tetamu. Tarian zapin ini selalunya ditari di majlis perkahwinan,perjumpaan Hari Raya & banyak lagi....



Lebih tentang muzik tradisional.
Ada banyak muzik tradisional seperti dondang sayang,ronggeng & banyak lagi. Tetapi
saya lebih ingin tahu tentang dondang saya.
Dondang sayang ialah sejenis belada cinta di mana penyanyi-penyanyinya saling
bertukar pantun tanpa persediaan.
Nyanyi-nyanyian biasa diiringi oleh empat ahli muzik iaitu seorang permain biola,dua orang pemain rebana & seorang pemain tawak. Dalam ahli muzikl itu,pemain biola adalah
ketua kumpulan untuk ahli muzik itu. Selalunya,peranakan Cina yang menyanyikan dondang sayang.

20 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING2010-ENTRI KELIMA-Hari Kerharmonian Kaum.


HARI KERHARMONIAN KAUM


Dua-pulah Julai adalah hari yang kami semua menyambut Hari Keharmonian Kaum.
Hari Kerharmonian kaum ialah hari yang kami semua menyambut tentang kaum lain.
Di sekolah,saya & kawan-kawan akan memakai baju tradisional India,Melayu atau Cina.
Kaum Melayu selalunya akan memakai baju kurung. Apabila saya masuk ke sekolah,ramai
yang menggunakan baju tradisional mereka & bermacam-macam warna yang ada. Ramai kaum Cina perempuan menggunakan baju kurung.

Di Singapura,Hari Kerharmonian Kaum amatlah penting untuk pelajar-pelajar kerana
dengan Hari Kerharmonian Kaum ini,kami dapat mempelajari tentang kaum lain.

Selain itu,kita semua akan berhimpon di dewan & menonton
persembahan yang berkaitan dengan kaum Cina,Melayu & India. Ada juga aktiviti-aktiviti yang di adakan di sekolah seperti tahun lalu apabila saya di sekolah rendah.

Di sekolah rendah,kami perpeluang untuk bermain permainan seperti capteh,congkak & lebih lagi. Pada waktu rehat,ada cikgu-cikgu yang menjual kueh-mueh Melayu,Cina & India. Di seklah menengah,kami ada persembahan.


17 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 -ENTRI KEEMPAT.

Keunikan Persembahan Tarian

Untuk saya,keunikan tarian zapin adalah tentang lenggongnya. Lenggongnya agak
lain daripada tarian-tarian lain.
Pengalaman saya joget tarian zapin apabila saya darjah lima,ia agak susah sedikit. Tetapi,lama kelamaan ia senang apabila saya berlatih.
Saya gemar melihat persembahan tarian zapin keran jogetnya agak cepat.
Semua lagu untuk tarian zapin cepat & orang yang manari tarian zapin
ini haruslah joget ikut dengan rentak lagu itu.

Keunikan Muzik Tradisional
Keunikan muzik tradisional ialah lagunya amat merdu
& mereka menggunakan alat-alat seperti seruling,ghambus,angklung & banyak lagi.
Pada zaman ini,alat-alat untuk memainkan muzik tradisional susah untuk dicarinya kerana
tiada orang yang main muzik tradisional lagi.
Tetapi,di Singapura, ada kelas mengajar muzik tradisional. Ini menujukkan yang masih ada orang ingin menuruskan dengan muzik tradisional.



14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA


MUZIK TRADISIONAL

Apa yang saya tahu tentang Muzik Tradisional ialah mereka menggunakan gambus,seruling,gendang,marakas & lebih banyak lagi. Ada pelbagai muzik tradisional seperti dondang sayang,ghazal,keroncong & lebih lagi. Muzik tradisional dinyanyikan dalam satu kumpulan tidak kira kaum wanita atau kaum lelaki,untuk kaum wanita,mereka akan memakai baju kurung,kebaya dan banyak lagi. Pada generasi ini,muzik tradisional diubahkan dengan lagu-lagu zaman kini. Contoh,mereka akan menggunakan gitar untuk memainkan muzik tradisional untuk menarik perhatian remaja kini untuk suka dengan muzik tradisional. Di Singapura ada kelas belaja muzik tradisional untuk remaja-remaja. Muzik tradisional bergantung kepada budaya,adat & penerima sesebuah bangsa.

13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA


Persembahan Seni Budaya Melayu.

Ada pelbagai Persembahan Seni.
Saya ingin melebih tahu tentang Persembahan Seni iaitu,Tarian Zapin.
Tarian Zapin adalah tarian rakyat Melayu yang degemari dengan remaja-ramaja melayu.Tarian ini dimulakan oleh peranakan Arab. Tarian zapin ini ada di sekeliling dunia. Di Malaysia,Singapura.Brunei & juga Indonesia. Selalunya,lagu untuk Tarian Zapin mengunakan alat muzik seperti gambus,rebana,gendang,rebab & marakas. Di Singapura & Malaysia,kami sebut "Zapin" tetapi di Brunei mereka sebutkan "Zapin" sebagai "Japin".

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI PERTAMA

BUDAYA MELAYU

Saya seorang anak Melayu. Saya dibesarkan sebagai anak Melayu.
Saya ada keluarga yang amat prihatin dengan saya. Ibu bapa saya mendidik saya dengan Bahasa Melayu agar saya memahami budaya Melayu. Saya amat bangga apabila Cikgu saya memberitahu kami yang kami harus membuat Pertandingan Blogging kerana saya sungguh minat dengan blogging.Sebagai anak Melayu,kita haruslah memahami budaya kita.

Fokus saya untuk membuat Entri Pertama & Entri Kedua ialah untuk melebih tahu tentang Persembahan Seni iaitu Tarian Zapin. Saya tidak penah dengar perkataan Zapin ini hinggalah saya masuk Tarian Melayu di sekolah rendah saya pada darjah lima.

24 Jun 2010