21 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Lebih tentang tarian zapin.
Zapin ini adalah tentang gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan. Penari lelaki selalunya akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Tetapi,pada akhir persembahan,penari lelaki & penari perempuan akan menari bersama untuk menghormat tetamu. Tarian zapin ini selalunya ditari di majlis perkahwinan,perjumpaan Hari Raya & banyak lagi....



Lebih tentang muzik tradisional.
Ada banyak muzik tradisional seperti dondang sayang,ronggeng & banyak lagi. Tetapi
saya lebih ingin tahu tentang dondang saya.
Dondang sayang ialah sejenis belada cinta di mana penyanyi-penyanyinya saling
bertukar pantun tanpa persediaan.
Nyanyi-nyanyian biasa diiringi oleh empat ahli muzik iaitu seorang permain biola,dua orang pemain rebana & seorang pemain tawak. Dalam ahli muzikl itu,pemain biola adalah
ketua kumpulan untuk ahli muzik itu. Selalunya,peranakan Cina yang menyanyikan dondang sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan